Tuesday, August 7, 2012

My BFF first child

Sekadar nak berkongsi cerita gembira. Sangat gembira bagi aku. Hu hu. Ahad yang lepas, 5 Ogos 2012, bestfriend telah selamat melahirkan anak perempuan. :)) Nama dia Annabelle Anbesha ..

Ahad yg lepas, aku dapat panggilan dari Encik Suami bestfren ni. Aku selalu cakap kalau ada apa-apa sila la kol aku. Dulu dia penah masuk hospital sebab aku pun x berapa tahu. Huhu. Mase tu pulak aku kat Sibu. Tapi Thanks God semasa dia melahirkan aku sempat lagi melihat. Si suami kol dalam kul 2 petang cakap bestfren dh sakit , bukaan dah 7cm. Alamak !! masa tu memang terus tukar baju dan blah. Ha ha ha.. Sampai kat hospital dalam 2.30. Kat depan dewan bersalin , semua ahli keluarga dah ada. Aku join tunggu. Tunggu punya tunggu sampai 3.30, bukaan masih 8cm. Huhuhuhu. Family balik dulu nak masak. Ok.. Yang tinggal hanya aku dgn encik suami. Kami mmg rapat. Mungkin sebab kami sebaya. Aku kan selalu jer jadi ubat nyamuk 2 org ni. Hu hu hu. Takde istilah ubat nyamuk lagi sebab baby dah keluar.

Dalam kul 4.18ptg, bestfren berjaya melahirkan seorang baby perempuan.. eee aku kat luar dah macam cacing kepanasan. Tak sabar nak tgk baby. Boleh? Sebab masa dia dalam perut bestfren, aku penah sekali dua rasa dia bergerak. Bestfren selalu komplen x dpt tido sebab baby selalu tendang. Huhu.

Annabelle Anbesha
Mummy : Vevien July
Daddy : Paul Primus

3.3kg
05/08/2012

Jangan tanya aku bila, ni la anak aku. Kahkahkahkah... 

0 kicks: