Kuching sentral, Fairlady

Tajuk post bukan kemain kan. hahaha

Walaupun Kuching Sentral tu dah agak lama dibuka, baru semalam aku berpeluang menjejak kaki ke sana. Bukan setakat menjejak.. Cekau jugak jean yang aku suka. Jalan punya jalan.. Pegi Google, cari skinny jeans. Ade la pulak.. Dan2 tu jugak 50%. aduh.. berkali2 aku berpusing kat area Google. RM140.00 - 50% = RM70 jer tauuuu ~ Akhirnya, aku amik jugak.. Tu la aku cakap, susah kalau dah masuk tempat ada sales2 ni. Adik ape lagi, minta beli baju 1. Tapi tak minat pulak, then ajak pegi jun rong. Haaa. Situ pun aku cekau 1 baju. Cantek, korea style. T___T

Malas la pulak amik gambar. hu hu. Tapi aku suka dengan jeans tu. Kira x menyesal la kot. ha ha ha ha..

Aku terus ajak adik aku cepat2 balik, tak pasal2 nanti cekau bende lain pulak. Pegi dinner dekat JENTAYU ( Western food ) dengan area Haji taha. Sedap tau western dia org. Pas makan, pegi pulak lepak kat Medan HAMIDAH, Jalan BAKO. Lepak punya lepak, terus pergi tengok org lumba kereta. Fuyoh.. rasa aku pulak nak racing. best wa cakap lu. Racing2 ni kasi aku. Memang minat gila. Aku mejin la, kalau perempuan yang racing, yang lelaki mesti respek kan? Heeeee :) Tak de la. Tapi memang minat,. kalau ada duit yang tak dipakai, mau nyer pergi modified kereta daddy yang dulu.. ha ha ha..

Puas jugak la jadi kunang-kunang, balik la sebab tak tahan nak buang air. Hu hu hu. Dalam pukul 1 pagi. Sampai rumah 2 pagi.. :)

wishlist. ! tak salah angan2 kan :p

Lain kali pegi tengok lagi.. Ada jugak budak kecik kat sanaaaa. around 3 tahun.. anak racer kot. haha.. aku pun bawa anak aku in future nanti. ahahahahaha...

Pavlova and chocolate cake for my weekend

Yeah. Hari ini adalah hujung minggu bagi aku. Kerana aku telah membalas dendam dengan 2 minggu yang rasa nya tiada hujung minggu bagi aku. So, hari ini aku sediakan 2 jenis kek. (alamak, lain macam jer ayat aku)
Mula-mula buat chocolate cake.. Pastuh, xpuas hati lagi ni.. Ha ha ha. Senang jer buat pavlova kan? Jadi aku jalankan jer misi aku settlekan 2 jenis kek ni. Pavlova selalu nya org gune buah berry2 kan? Tapi aku ganti dengan grape. Memandangkan adik aku x boleh makan berry2.


ni chocolate cake terbaik walaupun messy kan? tapi tak boleh makan banyak..cepat muak. manis. grrr

yang ni pavlova.. pakai buah grape. sedap jugak.. tp kalau boleh pakai grape yang takde biji tu. senang makan. hehe

 bile dipotong jadi cam ni.. kecik2 cam ni, makan utk 2 org. kongsi dengan adik aku. huhu.

kalau tak buat kek, sure aku buat masakan lain. seronok memasak ni ~~ eee. tp makan xleh banyak. sedih. xpe, aku buat utk keluarga tersayang, cukup la. janji mereka happy. kawan2 yang dekat tu, kalau nak dtg rumah, silakan. :))

So, ape aktiviti hujung minggu korang? :)

Snickers !

Sapa penah makan ni? Sape tak penah, sila penahkan diri anda. Nyummeh.. Tapi pls jgn amalkan selalu. Ha ha ha

Lunch at TJ, Kuching

Aku rasa aku ketinggalan satu post pasal lunch ni. Hari tu makan dengan BFF dan linda. Makan kat TJ. Ala, yang kat atas tu. Sape orang kuching mesti tahu. Seberang sarawak plaza tu. So, pilih punya pilih... kata TAK NAK kepada nasi dan mee...( yang tinggi karbohidrat ) . So, pegi kat satu gerai ni Vietnamese punya makanan. TOMYAM. Sebab tomyam ni sup , masam dan kurang makanan karbo. So, dalam ada isi ayam, tomato, carrot , sayur. Sehat kan? ha ha ha...

sedap nyummeh ~~ pedas cukup ~ masam cukup.. segala2 nya cukup...nyum nyum
yang lain pun order jugak tp dia org letak kuew tiau , ada yang letak bee hoon. Prinsip aku tetap sama. Say NO to nasi. Masuk bulan keempat dah. :)) Target 1 tahun. ada 8 bulan lagi. 

happy kan dapat makan? kene makan selalu, biar happy. hahaha..
banyak orang time lunch ni..

ni linda. 

ni BFF a.k.a mak buyong. :p

Kat sini banyak gerai2 makanan. :)) Jmpe kawan lama tak tersengaja pun banyak. Ha ha ha ha ha