Showing posts with label petua kecantikan. Show all posts
Showing posts with label petua kecantikan. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

june-july






this is me for a few month. haha.. lamak x update blog.. haha..tgk gambar jer la eh.. gmbr pun x upload semua

Tuesday, June 1, 2010

make over on my boring face :)





By the way, my sister doing some make up on my face... This is the result. I'm too boring and i'm willing to borrow my face to her for being destroy.. huhuhuhu... She's good jurumekap segera. hahaha. But, after all, I NEED MY EYELINER. She's didn't use that liquid eyeliner. huhuhu... Just nice. :)

Sunday, March 28, 2010

lelaki suke ke tak suke? huhu

Uit..lelaki...korang suke ek perempuan cam ni? hahaha. :P


1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…

Saturday, May 31, 2008

MENJAGA KESIHATAN KEPALA DAN KECANTIKAN RAMBUT

Rambut sememangnya mahkota wanita. Beberapa petua yang sering diamalkan oleh orang dulu-dulu nyata kebanyakannya membawa kesan yang mujarab jika selalu diamalkan walaupun sukar dibuktikan dengan menggunakan kaedah saintifik. Bagi wanita yang ingin mendapatkan rambut yang hitam berkilat dan tidak cepat beruban, minyak kelapa hijau (dibuat sendiri) dan dimasak bersama daun kermak (dibiarkan sejuk), kemudian dilumurkan pada rambut semalaman sebelum dicuci dikatakan membawa kesan yang sangat mujarab. Bagi yang berambut nipis dan ingin melebatkan rambut pula, petua yang harus diamalkan ialah menggunakan air embun yang bertakung pada pangkal pokok pisang dan dilumurkan ke rambut. Cara ini dikatakan dapat menyelesaikan masalah rambut nipis.

Selain itu, serai juga boleh digunakan sebagai 'syampu' rambut selain daripada digunakan sebagai perencah di dalam masakan. Caranya, tumbuk batang serai hingga pecah dan gosokkan pada kepala ketika mandi. Bau harum serai akan melekat pada rambut dan menghilangkan kotoran pada kulit kepala.

Mandi wap juga dikatakan boleh merawat rambut. Rawatan ini menggunakan bahan-bahan seperti daun pandan, minyak kelapa, telur, adpokat, lobak merah, lidah buaya ataupun daun semangkuk. Tetapi, tidak semua bahan ini digunakan bersama. Lumrahnya, daun pandan dan minyak kelapa antara bahan yang tidak ditinggalkan. Penggunaan bahan lain bergantung kepada keadaan. Jika rawatan ini selalu diamalkan, ia dipercayai dapat menghitam dan melebatkan rambut dan sentiasa kelihatan bermaya. Ia juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut, menghilangkan kelemumur dan memulihkan masalah rambut bercabang. Cara ini juga dikatakan membantu merehatkan fikiran dan dapat menghilangkan penyakit migrain atau pening kepala. Sejauh mana kebenarannya, sukar untuk dibuktikan

Petua menghilangkan bau badan

Masalah bau badan memang memeningkan kepala. Walaupun sebotol minyak wangi digunakan, namun badan tetap berbau bila kesan minyak wangi yang digunakan hilang kesannya. Tahukah anda semua, zaman datuk, nenek dan moyang kita tidak memerlukan minyak wangi (mungkin kerana belum wujud lagi). Mereka hanya menggunakan bahan-bahan asli untuk mengatasi masalah bau badan. Daun sirih dikatakan tumbuhan yang paling sesuai untuk mencegah hal ini. Daun ini diramas dan disapukan pada badan terutama ke bahagian tubuh yang berbau. Insya-Allah, berkesan.

Selain itu, mandi susu juga boleh dilakukan. Rawatan ini mengandungi campuran susu soya, susu kambing, madu dan aromaterapi. Semuanya dimasukkan di dalam tab mandian berisi air suam. Kemudian, berendam selama 15-20 minit. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Friday, May 30, 2008

Mengatasi kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga
mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau
nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan
seminggu sekali.

Petua kempiskan perut

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang
diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit
akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..AWAS…sekiranya buncit ada anak….mintak maaflah…