Thursday, June 23, 2011

Kenapa perempuan suka jaga badan sampai ke celah kuku?

Berapa hari aku tak meroyan? Berapa hari aku tak merepek? Merepek ade, tapi tang mulut jer. Tang penulisan takde pulak. Hu hu hu.

Tajuk di atas ni untuk diri sendiri. Ha ha ha. Part jaga badan tu, yang lain boleh la, yang part slim tu tak boleh bla. Masih jugak cute. Tunggu aku kaya sikit, aku pegi SlimWorld. Habes cita. Boleh?

Hari ni berapa haribulan eh? Err  23 Jun kan? Payday ke belum? Aku belum, hegeh-hegeh nak angkat tangan ni.
Dan-dan tu suka sangat kereta baru kan, baru jer 1000km, dah kene servis. Haaaa, melayang la $$$$.. Hujung bulan ni tau, tak kesian kat aku ke?

abaikan warna merah. Hu hu.

Malas tu takde la kalau pasal update blog. Sejak balik dari KL, rezeki mencurah-curah. Ntah apa yang dicurah, aku pun tak tau. Daun keladi kut. T_T

Boleh tak bayangkan, dahulu, aku manusia yang menjadikan malam itu siangku, dan siang itu malamku. Tak jugak. Kadang-kadang, siang is siang, malam  pun siang. Ha ha ha ha. Stop !

Sekarang ni , pegi kerja, balik kerja, mandi bersih-bersih adeke org mandi tak bersih,  makan....pastu bermula lah sesi memanjakan badan.. Pakai satu set complete penjagaan muka...Merendamkan kaki kedalam air susu kambing suam, pegi manicure segala celah-celah jari dan jari kaki, pegi bagi vitamin, lumur losyen satu badan....pil vitamin,minyak ikan untuk ditelan sendiri.. wewwww, banyak kerja kan? Tapi takpe, sekarang saya makin pelik.. Dulu saya tak peduli nak jaga badan, kulit badan, muka, kuku dan sebagainya. Tapi sekarang, saya makin seronok urut-urut satu badan, lumur losyen, letak vitamin kat kuku pun aku buat.. Seronok, jadi tabiat. Nenek aku cakap taksub gila meroyan... 


ni wajib ada. He he he. Serius, cepat ko putih. Kalau hitam sebab sunburn tu, mmg jadi putih kalau pakai ni...Kalau original gelap tu, tak la putih. T____T

oil dari elianto ni untuk bagi kulit sentiasa segar. kulit-kulit sekitar kuku senang nak dry tau, so, apply ni. Do the massage and let it absorb about 1 hour. Jangan dicuci tangan. tapi bagi I, I apply time nak tido. So, takde la gatal nak pegi sana sini, cuci tangan. FYI, i apply kat kaki jugak. 

Before ni pakai elianto. Then, tukar atas sebab terpengaruh dengan colleague I yang kat Penang. Hambek.. Ni untuk strengthener. Kuku cepat panjang dan kuku sangat kuat. Serius.. Sangat kuat... Nak potong pun rasa lain macam. Yang penting, elak kuku cepat patah atau terkoyak. Kan kuku ni lembut. Apatah lagi kuku yang cute macam aku. T___T

Bangga aku. ha ha ha. Teruk aku ni. Lembut kan. Tengok jer la. kalau dekat, aku kasi pegang. Hu hu. Eeee, addicted aku dengan bende ni. 

Macam-macam ragam? Bende lain, aku kasi nanti la. Rasa malas nak upload, dah tu buat caption. Eeee. Penyakit malas dah mai dah. 


Tapi sungguh seronok... Pelik ke? Tak pelik kot bagi seorang perempuan. Badan mesti dijaga, nanti tak la cepat tua kan. Gemuk Cute takpe, janji kulit ku sehalus kulit bayi. Ye la tu.... Put kedendeng. T_T (serius halus)

Pastu, dah tua-tua ni, suka pulak makan ikan. Haaaa. hambek. Dulu tak suka ikan, skrang ni, hari-hari menu ikan. Macam tak syiok kalau takda ikan. So, dengan kerajinan nenek aku, tiap-tiap hari dok masak ikan. Aku pun layan la. Kadang-kadang dinner tak makan nasi, makan ikan jer. Sedap. Nyum nyum. 

Ade kah ini entry terpanjang ku? Hambek, pasal perempuan... 

Nak jadi lelaki masa depan, fikir dulu yer. He he he he he. Awal-awal dah kasi hint.



3 kicks:

ken said...

perempuan mau kecantikan :)

Jacqueline Natasia Jee said...

heheheheheh.... beware lelaki masa depan. huu

audio said...

kacaknya kuku kitak :)