Sunday, May 15, 2011

Perpisahan atau pertemuan yang patut disalahkan?




Harinih nak emo sket leh? Nak lap hingus, airmata sampai 1 katon tisu boleh? Nak goyang-goyang pinggul, tekup muka dengan bantal, hentak-hentak kaki, nangis boleh? Ok, Jaq. Please stop it. T_T

Pertemuan atau perpisahan.. Mane yang nak disalahkan? 


Pertemuan : Kenapa bertemu? Dah la bertemu, rapat pulak tuh. Alahai.. Kalau bertemu, tak rapat boleh tak? Kenapa masa tu jugak bertemu? Hari lain tak boleh ker kau memunculkan diri kau? =.=||


Perpisahan : Kenapa perlu berpisah? Tak rock la. Kau ingat syiok ke pisah-pisah? Macam kau makan pisang? Kau ingat pisang nak ke bogel tak tentu arah macam tu lepas kau pisahkan kulit dari isi dia? haha. Keluar topik. Atoi T_T

Bukan kah memang lumrah hidup cam tu? Nak makan pisang memang la kopek kulit. Takkan makan kulit pisang. PISANG LAGIK ! 


Sape tak suka pertemuan? Best woo. Tersengih-sengih jer memanjang. Siap mimpi lagi tuu. Siap ada air liur basi lagi tuhhhhhhhh... Kau tak de kan? Aku ade jer. Ha ha. Mana adaaa. Gurau jer.

Sape yang tak suka perpisahan? Mesti la tak suka. Sape yang suka perpisahan? Mula la keluar airmata mahal tuh. Korang ingat senang. Melibatkan semua organ dalam badan tau tak? Sakit. Sampai tertonggeng tonggeng. Okay, aku tipu. 


Tapi, adakalanya perpisahan itu membuatkan hati kita bahagia tak terhingga.. Kenapa bahagia bagai kan? Mungkin pertemuan tu buat hati sengsara kan..jiwa memberontak kan? So, that's it. 


Tapi tak kisah lah. Jangan cakap kita tiada sesiapa di dunia ini. Tipu la. Tuhan sentiasa ada. Percayalah kewujudan NYA. Percayalah DIA sentiasa nak kan yang terbaik untuk setiap orang. Percayalah, ada hikmah disebalik semua kejadian. Mesti DIA ada sebab kenapa terjadinya sesuatu benda. Mesti DIA ada sesuatu yang lagi membahagiakan. Jangan lah menidakkan. Tak best la cam tu kan? Tunggu jer. Kesabaran itu penting tau. DIA suka orang yang sabar. :)




P/s : Saya nak memulakan hidup baru sekarang. Tiada lagi jiwa kacau dan hati tisu. Ha ha ha ha. Dia bukan untuk saya. Dan saya bukan untuk dia. Teruskan hidup dan sentiasa berubah untuk ke arah kebaikan. Bukan untuk sesiapa tapi untuk diri sendiri. Hanya kesabaran yang saya perlukan. :)

4 kicks:

Ms. Ann said...

setiap pertemuan pasti adanya perpisahan ... sebagai manusia biasa kita harus menerima setiap apa yang diberikan pada kita...

Jacqueline Natasia Jee said...

betul tu .. cuma perlukan sokongan dari kawan2. :)

Mitsu Kizu Zie said...

yerrr luahan perasaan...

Jacqueline Natasia Jee said...

memalukan aku jak kau tok zie ahahahahahah