Tuesday, February 7, 2012

Sambung study !

Dengan ini, saya ingin mengumumkan saya menambah tekanan dalam kehidupan seharian saya. Setelah berfikir, tertonggeng, menjiwai watak, HA HA HA HA, saya sambung belajar. Dan kali ini amat serius. Sehingga saya telah pergi ke Universiti tersebut dan membayar 1/3 dari jumlah keseluruhan untuk semester pertama. T_T

Makin tangguh makin malas, jadi saya dengan tak ikhlas, langgar jer tiang dan menyambung pembelajaran saya dalam bidang bisnes . Nak buka kilang taik mata.. HA HA HA HA. Oh tidak.. Hari Ahad lepas saya berdoa semoga Tuhan membuka hati saya untuk menerima pembelajaran seikhlas nyaaa... Kalau tidak, sia2 la usaha dan terutamanya duit saya. Kerana saya agak kedekut orang nya. HA HA HA HA.. Boros la. Dari saya boros ke arah yg tidak sehat seperti shopping tak hengat dunia, lebih baik saya membayar pembiayaan pembelajaran saya.

Kuliah saya akan bermula dalam masa terdekat. Dan saya betul2 sungguh malas. Doakan sayer yer kawang kawang.

Bermulalah episod tekanan dalam hidup saya menjelang 2012. Terima kasih. Hu Hu Hu Hu...

0 kicks: