Wednesday, July 6, 2011

Iglool Everrise BDC Kuching

Ni pasal tunggu kawan la ni aku menapak kat tingkat 2 bangunan sebesar alam BDC, Kuching ni. Heshh.. Agak lama jugak aku tak menerewang kat BDC ni sejak aku jadi bekas penuntut dan pengamal supermarket kat BDC. hu hu hu.. 


Dulu aku study kat kolej area tempat tu. Dah tu, hobi nyer kalau takde kelas, menapak la kat BDC tu sampai bosan. Hu hu. Tapi tak pernah bosan pun. Balik-balik, tu jugak yang aku dgn kawan-kawan menapak. 


Jangan tak tau, kat bawah tu sedia maklum la supermarket basah & kering yang dikenal dengan Everrise. Kat Sarawak ni fofular la.. Cube pegi KL tu...huhuhuhu... almaklumlah... 

So, kat tingkat seterusnya ada orang jual pakaian, tak kira pakaian dalam ke luar ke...jual accesorries...alaaa, barang yang kaler ful la tu.Balik kepada tingkat seterusnya dulu tempat main boling jer..pastu upgrade ade tmpt karaoke yang taruh RM1 jer. Laaaa ni, jangan hang tak tau, che khabaq mai ni.....ada bilik untuk karaoke... Harga sebilik, brapa jam tu aku tak tau pulak. Pernah jugak la karaoke sekali sekala...Tapi tak hengat pulak almaklumlah banyak sangat makan semut, sebab tu lupaaa..


Setelah sekian lamaaa nyaaaaa aku tak menapak tapak kaki aku kat sanaa..... akhirnya ada kerusi urut... ada Igool laaaa kawang-kawang.... Ada makanan jugakk.. Western food jugakk.. Aku dtg agak awal..Kawan aku janji agak lambat..... aku tunggu dah kul 5...dia datang kul 6... so, aku order la air mineral, iglool chocolate ape ntah, pastu french fries.....genap 6 petang, licin la.. T___T

 tak sangka banyak woo...berusaha untuk habiskan. huu.
 buat kerje..buat kee? satu muka surat jer aku tulis, yang lain hampeh
on the way nak habes ni... masa pun dah dekat 6 ptg. ok la tu kan. :P

P/s : tak paham la sesetengah mentaliti orang kita.. Karang cakap terlalu kekampungan, tanak dengar pulak. Karang kita diam, kita pulak terlebih berfikir.. salah ker?  heshh tak paham aku.. sesetengah isu tu buat aku pening... bende tu tak salah kot... tp kenapa nak dijadikan 1 isu. ikut mana keselesaan yang diingin kan.. tul tak?

1 kicks:

Andrik McVean said...

hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

http://andrik-mcvean.blogspot.com/