Friday, April 29, 2011

Novel ombak rindu atau Movie Ombak rindu?

Woot woot. Yang ditunggu-tunggu bakal tiba. Awww !!! Mula lagi la kau ni mengada-ngada. -..-||

Ombak Rindu 


Buku ni ntah berapa kali aku godek. Kazen aku peminat novel-novel melayu tegar. Aku tumpang sekaki jer. apeee kau cakap? aku kedekut? wkakwkakwkakwka. bukan kedekut la dek non.. Baca jer tu, aku tak reti nak kumpul-kumpul ni. 

Artifak ker, stamp ker, cangkerang ker? Mane aku reti nak kumpul. Cepat bosan. Jadi, memandangkan rumah kazen aku tu 2-3 tapak kaki jer sampai, aku pinjam la. Pinjam tak berbayar. Ha ha ha. Pinjam dengan muka seposen. Sure kazen aku kasi nyer.. Tak caye, meh try. T_T

Ni aku nak khabaq mai orang kampung... bahasa utara cheq dah keluaq noh. Bukan Noh Hujan.. -..-"

Ombak rindu version movie akan keluar dan di tayangkan di pawagam. Mak haih, happy giler. Gedik dah terserlah.. Ngeee...


Pelakon-pelakonnya... 


Izzah : Maya Karin
Hariz : Aaron Aziz
Mila : Lisa Surihani
Wafiah : Umie Aida



Ngee. ada sesuai? Apa kata watak Mila dengan Izzah bertukar? Ha ha. ni pendapat aku jer. Tak salah suarakan pendapat kan? Kan ? Kan? Tapi takpe, janji Hariz tu hensem. Ha ha. 


Harap sangat filem ni tak terpeleot jauh sangat dari yang kat novel tu. Ngee. Nanti tak syiok pulak. T_T


Tak sabar sehingga menjilat ibu jari nih. Eh, eh, ni sinopsis aku godek dari novel. 




Sinopsis : OMBAK RINDU IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?









P/s : Mane yang paling best nanti? Novel ke atau Movie?

0 kicks: