XXXLicious (Plus Size Online Boutique)
Boleh godek-godek. Handbag pun ade ni ha.
Kalau tak silap aku, online boutique ni baru jer dibuka. Betulkan kalau tersilap yer aunty. Hu hu. Ni takde kene mengene dengan ada udang disebalik batu. Kiak kiak kiak :D Ni sebenarnya nak membantu bagi yang saiz agak besar untuk membeli pakaian. Aku tau susah nak shopping pakaian. Aku sendiri pun kadang-kadang begitu. Lagipun kalau ade, beratus-ratus harga sehelai yaw ! Cekik leher punya harga tu.
Sape cakap plus saiz tak boleh bergaya? Silap besar la korang. Silap-silap yang bersaiz besar lagi anggun kalau berfesyen tau ! Jangan tak tau pereka fesyen kebanyakkan bersaiz besar. ( ye ye jer aku ni ) Ha ha ha.
Kalau nak purchase, situ terang lagi bersuluh ada borang yang perlu diisi.. Bank mana yang perlu untuk membuat pembayaran. Dan korang boleh pilih nak dihantar dengan ape? Mudah bukan? Ikut kehendak customer bukan? So, customer tak boleh la komplen mahal2 postage charge, sedangkan korang plih sendiri. Kalau kat area Kuching, ade kelebihan. Heee. Boleh jumpa sendiri dengan tuan tanah. Kalau masih lagi area sarawak, pakai bas, boleh kot. Tapi korang amik sendiri la parcel korang kat terminal. Ni aku yang cakap la. Ape-ape hal pun boleh talk dengan tuan tanah. Tuan tanah tak makan orang, percayala. Hue hue hue.
So, aku dah membantu korang selesaikan masalah shopping korang. Selamat bershopping yaw !
2 kicks:
Nang confirm nuan tu bulih special discount ari aku ahahhaah.. thanks Jac, I looiikee!
harus ku sokong industri wanita comel macam kitai.. kan kan kan.
Post a Comment