Friday, June 17, 2011

Ha, aku bagi tips mengelak lelaki yang kaki mengorat tak hengat.

Macam la aku cantik sangat nak bagi tips kan? Ha ha ha. Aku tak tahu lah lelaki sekarang. Bukan semua.. Aku cakap bukan SEMUA tp ada sorang dua ni yang memalukan kaum lelaki. 

Awal-awal lagi dah aku bagi hints ni jangan kacau, jangan mengorat.. tak sudi.. macam-macam muka dah diekspresikan. Muka meluat, muka baru pas kene rotan, muka baru lepas accident...semua ade. tp  tak paham-paham jugak. Mesti segelintir kaum lelaki yang tak tau malu ni cakap, ala biasa la perempuan jual mahal..hati sebenarnya nak tp malu nak cakap...malu tapi mahu la katakan.




HELLO, mane kau dapat statement cakap cam tu. Terang benderang lagi aku suluh muka engkau, cakap aku tak berkenan, kenape? Rasa hensem la sangat kan nak mengorat anak dara orang.



Pas tu pulak langsung tak gentlemen. Haprak. Ade tukang kirim salam derrr.... Dan yang tukang kirim salam tu pun bebal jugak... Ha ha, Macam la orang yg kirim salam tu ade bagi kereta sebuah ke sebagai ganjaran. Kalau perempuan tu bagi ceramah free, padan muka. Kene air liur free lagi...Ok la tu, kalau kene pelempang?  T_T Sedih tau tak..

Kalau dia minta no fon... alahai, awal-awal lagi dah bagi hint tak berminat ni.... kalau minta jugak, bagi no fon rumah mayat. Hu hu hu. Kene try. Biar dia call rumah mayat. Atau pun balai polis lagi bagus. Haaa hambekk.

Kalau bertembung kat mane-mane kan.... Dia dok usha panggil nama ke, WEWIT (ni yang aku pantang) ke, haaaa, pura-pura jer bercakap kat handphone. Bagi silent dulu, karang berbunyi, kantoi pulak. Ha ha ha ha. Kalau tak, aku bagi jer heels aku satu. Tajam dan sungguh panjang. Best kan?

Ade kat facebook pulak. Kalau duduk diam2, tak ape.... Ni mengorat cara yang salah, tempat yang salah... tambah lagi buat lawak bodoh. Lawak yang buat geram, dia gelak sorang-sorang. Tak ke bodoh nama nya tu?

0 kicks: