mummy atas
nenek bawah :)
sekarang kawan aku pula mengalami nasib seperti aku dahulu... dulu dia lah yang sering dan banyak kali bagi nasihat... skrang nasihat yang pernah dia bagikan dulu, aku bagi dia balik...nasihat yang agak baik.. :) aku harap dia sekuat aku dulu. hehe.. semoga apa yang dia cari akan membawa kebahagiaan.... terlalu puas dia menderita kerana cinta.. dan kerana tempat nya yg agak jauh dari keluarga dan sahabat terdekat, itu lah yang menyukarkan dia melupakan cinta yang sememangnya bukan milik dia yang mutlak... lelaki.... ada apa pada LELAKI? aku tau lelaki tak semua yang jahat.. dan tak semua yang baik... jadi, kita yang harus pandai memilih..jangan diikutkan nafsu, cintailah lelaki kerana hati dan bukan perkara2 yang terus dilihat dari luaran,. langsung tak membawa kebahagiaan. alangkah indahnya kalau dapat cinta pandang pertama...terus menusuk ke hati....mesti best.. tp belum lagi la..semua yang aku lihat dari mata terus ke perut. ahahaha.. tak best.. :|
tapi aku selesa begini..aku tumpukan perhatian pada kerjaya, keluarga dan teman... terutama pada nenek tersayang... bukan kerana terpaksa...tp aku sygkan nenek aku lebih dari aku sygkan diri sendiri. semua orang tahu itu.. teehee :D
dah masuk 7 bulan aku memulakan hari aku 5 kali seminggu sebagai pengurus pemasaran. bukan kerja yang mudah, bukan mudah untuk memuaskan hati pelbagai pihak...bukan puas untuk memuaskan hati keluarga.,..diri sendiri terseksa...tp siapa yang tahu? tiada... asalkan ansuran kereta berbayar....bil2 semua dilunaskan....dan keluarga diutamakan.... tak siapa yang faham..nak mengadu? kemana? hehe.. tak apa lah..dah nasib.. tp aku inginkan pengalaman kerja yang baru... suasana yang baru.... tp apa? usahanya belum ada...tp angan2 nya dah ada.. x salah berangan untuk benda yang baik kan? banyakkan pengalaman untuk memperlengkapkan hidup, bukan? keformalan aku kali ini aku sendiri tak pasti kenapa...yang aku pasti, tangan aku ligat jer menaip keyboard ni...... mungkin luahan perasaan...
setelah kegagalan alam percintaan bersama dia satu masa yang lalu.... aku rasa aku sudah tiada keyakinan untuk percaya pada cinta..sedangkan sekarang, jauh sekali untuk aku mencari cinta... aku dah jemu untuk cinta... cinta yang tiada kejujuran dan tiada persefahaman... pengalaman lalu mengajar aku untuk lebih hati2 mengharungi dugaan yang akan datang.. aku faham semuanya.... biarlah aku berjuang sekarang untuk menggembirakan hati keluarga aku..terutama ibu dan nenek....mereka yang lebih penting untuk aku skarang.
aku rasa aku dah lama memendam perasaan...baru sekarang aku punya kekuatan, punya ilham untuk menulis..ini ruangan aku... aku berhak kan? hati aku tak mampu untuk menjerit kesakitan lagi......aku dah puas.. aku dah jemu..sampaikan aku naik muak... aku dah cukup letih......
formal kan? :D tak pa sekali sekala..
di atas gambar orang yang paling aku syg walaupun mereka tak menyedarinya...bagi aku tak apa....aku sanggup buat apa saja untuk melihat senyuman terukir di bibir keduanya. :)
0 kicks:
Post a Comment