akhirnya, terluah jua...nak kata aku marah jauh sekali tak...tapi aku sedikit terkilan, sedikit kecewa..mana letaknya dasar abang2 adik adik? aku sebagai yang bongsu di sana.... aku terkilan..kecik ati aku ni belum surut..tp hari ini aku diuji lagi...hati aku terusik lagi.. kenapa dengan mereka? apa yang aku buat sampai mereka jadi cam tu? pernahkah aku ingkar? pernahkah aku melawan? pernahkah aku mengata?
seingat aku, segala arahan aku turuti.. aku x kisah walaupun dikatakan lembu dicucuk hidup sekalipun .. kerana itu mmg sudah kewajipan aku sebagai adik yang membantu abang2nya di kala mereka memerlukan khidmat secepat mungkin... mungkin korang tak faham apa yang cuba aku katakan di sini.. kepada siapa...dimana, tak perlu sesiapa tahu.. dimana aku ingin meluahkan perasaan..dimana aku ingin mengadu nasib? rakan2 lain? fahamkah mereka rintihan hati aku?
aku diuji ke? rezeki ku bukan disini ke? inilah akibatnya kalau tak pernah ingat Tuhan.. inikah akibatnya kalau terlalu alpa? bukankah kepada Tuhan aku patut mengadu? kepada dia kan? kenapa la bodo sgt kau ni jac. sekelip mata kau lupakan orang yang beri kau kebahagiaan, yang beri kau ketawa, yang beri kau kesenangan... alpa sungguh..
perlukah aku berjuang untuk benda yang tak pasti? atau aku menunggu? tp untuk apa? dunia aku bukan disini.......aku harus mengorak langkah.. ya..aku harus...tak siapa harus mengetahuinya. tak siapa harus amik tahu keputusan aku. aku bukan merajuk...cuma aku x ingin orang memikirkan aku selemah mereka..
nah... akhirnya terluah juga akhirnya... aku x kisah bercakap sendiriann kalau itu menyenangkan aku... aku x kisah kalau aku boleh lupakan masalahku untuk seketika. :)
0 kicks:
Post a Comment